GENUISIS

EQ vs IQ

Apakah EQ

Apakah IQ (Intelegence Quatient)?

IQ adalah singkatan bagi Intelligence Quotient, dan secara amnya adalah terma yang merujuk kepada bio kapasiti otak kita, serta sesuatu yang berhubung kait dengan turun temurun dan semulajadi kejadian otak terhadap aspek pemahaman, perancangan, penyelesaian masalah, pemikiran abstrak, secara sedar untuk menyatakan bahasa dan kemampuan belajar.

Formula kiraan IQ : IQ = Usia mental / Usia semasa x 100

80-90:(Rendah daripada sederhana)
90-110:(Sederhana)
111-121:(Tinggi daripada sederhana)
122-130:(IQ tinggi)
131-141:(Genios sejak lahir)
142+:(Genius)

Jika usia mental adalah bersamaan dengan usia semasa, ini bermakna kepintaran adalah ditahap sederhana, jika usia mental lebih tinggi daripada usia semasa, bererti kepintaran adalah ditahap lebih tinggi daripada sederhana. Jika keadaan berlawanan maka kepintaran adalah ditahap lebih rendah daripada sederhana.

Ujian kepintaran lazimnya digunakan untuk mengguji kemampuan minda. Terdapat tidak kurang daripada 7 jenis perbezaan kepintaran manusia: kepintaran muzikal, kepintaran pergerakan fizikal, kepintaran logikal-matematik, kepintaran bahasa, kepintaran menguasai tempat, kepintaran antara perorangan dan kepintaran yang diwarisi individu serta kepintaran kogniti.

Kepintaran muzikalLocated at the right brain, it controls one’s comprehension and creativity of music.
Kepintaran pergerakan fizikalAthletes, dancers and comedy actors normally have this type of intelligence.
Kepintaran logikal – matematikThis intelligence has something to do with our ability to calculate and language learning. It also forms the basic of IQ tests.
Kepintaran bahasaIt refers to our ability to read and write and the ability to compose language creatively.
Kepintaran menguasai tempatThe ability to sense one’s position, from the simple ability to go home to the much more complicated ability to solve navigation problems.
Kepintaran menguasai tempatPhotographers and visual artists are normally inherited with this ability.
Kepintaran yang diwarisi individuIt refers to the differentiation of one’s emotion, trait, motive and intention. Most clinical doctors, politicians, teachers and religious leaders have this type of ability.
Kepintaran kognitiThe ability to differentiate various types of senses, and using this ability to comprehend and as behavioral guide.

Apakah EQ?

EQ mungkin adalah satu terma yang baru bagi anda apabila membaca akhbar dan majalah pada hari ini. Jadi, apakah itu EQ? ia adalah singkatan kepada Emotional Quotient, ia berkaitan dengan emosi mental seseorang dan juga disebut sebagai “kiraan kepintaran emosi”.

EQ dirujuk sebagai kemampuan mengawal emosi seseorang. Ia juga mewakili sejauh mana kemampuan kita mengawal emosi. Ia juga dikaitkan dengan daya ketahanan diri sendiri, penentuan, motivasi diri dan sebagainya. Seseorang yang mempunyai EQ yang tinggi memiliki emosi yang stabil dan tidak berkelakuan tidak wajar. Sebarang tindakan emosional adalah berlandaskan tindakan yang rasional dan pertimbangan yang wajar.

“EQ” vs“IQ”?

Perbezaan diantara EQ dan IQ adalah diantara pengertian dan kewajaran.

Beberapa dekad yang lalu, IQ telah dianggap sebagai kunci kejayaan hidup bagi seseorang individu. Dan sehingga kini ramai yang kita temui daripada kalangan mereka yang dianggap mempunyai IQ yang tinggi menjalani kehidupan yang sederhana, sedangkan mereka yang mempunyai IQ yang rendah mencapai kehidupan yang luar biasa kejayaanya. Mengapa ini terjadi?

Berdasarkan kepada kajian, tenaga otak dihubung kaitkan dengan pemikiran atau idea abstrak dan tujuan, belajar, adaptasi terhadap persekitaran, serta kemampuan menyelesaikan masalah. Walaupun mereka yang mempunyai IQ yang tinggi ini mampu menguasai pelajaran dengan cepat, ditempatkan di sekolah-sekolah ternama, serta mampu membentangkan pelan pemasaran yang kreatif, ini tidak bermakna mereka memahami dan mampu mengawal emosi mereka serta dapat menerima kegagalan, atau mampu menjaga hubungan baik dalam pergaulan sesama manusia.

Baru-baru ini ada kes yang dilaporkan, dimana seorang yang berpendidikan tinggi yang telah mencederakan orang lain akibat dari kegagalan mengawal perasaan kerana sikap cemburu dan iri hati. Ini adalah jelas menunjukkan bahawa tahap kemampuan IQ seseorang itu tidak berkait rapat dengan kejayaan dalam kehidupan.

Dengan erti kata lain:
 

IQSeorang yang memiliki IQ tinggi, mereka belajar dan mudah faham berbanding orang biasa.
EQSeorang yang mampu mengawal emosi dengan baik dan bersifat mulia serta mampu membuat keputusan yang tepat.

Asas penting kepintaran

Fakta kongenital

Sejauh mana tahap kepintaran seseorang itu sering dikaitkan rapat dengan faktor keturunan dan asuhan, kemudian barulah faktor environment, nutrisi, pelajaran, dan fakta-fakta lain. Mengikut saintis, 50-60% kepintaran itu datang daripada warisan (keturunan). Jika seorang ibu itu pintar maka kemungkinan yang anaknya adalah pintar juga. Jika anak itu seorang lelaki dia mungkin jadi lebih bijak, sebab asas kepintaran manusia duduk pada gen X kromosom. Biasanya terdapat dua X kromosom gen pada tubuh perempuan, manakala lelaki hanya ada satu X kromosom gen sahaja. Maka, oleh yang demikian ibulah yang memainkan peranan penting dalam menentukan tahap kepintaran anak-anaknya.


Selepas bersalin

Mengikut kajian, kepintaran manusia terbentuk bersama-sama dengan pertumbuhan selebrum dan aktiviti selebrum adalah daripada stimulasi oleh faktor luaran. Lebih banyak stimulasi berlaku maka akan lebih aktiflah selebrum itu. Selebrum biasanya akan lebih cenderung kepada peningkatan fungsi dengan mengenal pasti dan menganalisa pesanan-pesanan yang diterima supaya ia sentiasa meningkatkan kepintaran otak.

Bagi kanak-kanak pula terutama sekali kanak-kanak prasekolah, kepintaran mereka lebih dipengaruhi oleh keluarga dan bukan fakta environment. Kajian saintifik telah mambuktikan bahawa ibubapa yang selalu bersabar dan memberikan sepenuh kasih sayang serta memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada anak-anak mereka dapat membantu membina kemajuan kepintaran anak-anak secara menyeluruh, manakala bagi ibubapa yang bersikap sebaliknya, tahap kepintaran anak-anak mereka akan jauh lebih merosot jika dibandingkan dengan anak-anak yang sebaya denganya.